Sunday 13 July 2014

# PRAY FOR GAZA #

sekarang ni dah hari ke 15 berpuasa.. alhamdulillah semuanya okay je even i'm celebrating this fasting month without my baby and my lovely husband. bila time berbuka tu yang best.. macam-macam menu nampak.. ikut hati semua nak beli, semua nak merasa..

then after iftar, aku on FB kejap.. tengok news feed.. then tertengok video pasal Palestine. ntah bila israel laknatullah tu nak berhenti dari bom sana sini di Palestine? where is their humanity? aku tengok yang terbunuh tu mostly kanak-kanak dan orang tua yang umumnya tahu golongan ni adalah golongan yang lemah.. again, where is their humanity? or mungkin memang ALLAH dah tarik perasaan belas kasihan tu dalam hati depa hingga tergamak pisahkan ibu dari anak, bunuh anak-anak yang kecil, bunuh suami dan yang lain.. 


sambil-sambil makan oat aku terfikir, apa agaknya rakyat Palestine dan Syiria makan untuk berbuka atau memang mereka terus menerus berpuasa sebab acapkali di serang.. maha suci Allah.. moga syurga menjadi balasan untuk pengorbanan depa demi menjaga tanah para anbia itu juga demi memlihara kiblat pertama dalam islam.. dalam post ni aku nak share satu gambar yang sungguh menaikkan kemarahan dalam hati aku.. memang zalim tahap tak tau nak kata dah israel laknatullah ni.. moga-moga hancur terbelah dan kacau bilau segala perancangan mereka terhadap Palestine



memang hati depa ni hati yang penuh dengan syaitan! mungkin depa ingat bulan puasa ni kita orang Islam akan lemah, tapi depa tak tau yang kita sebenarnya makin kuat di bulan ni.. depa mungkin boleh bunuh jiwa-jiwa Palestine, tapi depa tak kan dapat bunuh Islam.. 

aku terfikir sejenak.. punya banyak negara-negara Islam kat dunia ni, mana perginya bantuan ketenteraan untuk Palestine? MH370 hilang, habis satu dunia turun memberi bantuan peralatan canggih untuk detect MH370 tu. kapal selam la apa la.. tapi bila jadi macam ni, mana usaha dan bantuan yang sama untuk Palestine? apa rakyat Palestine di sana bukan manusia sama macam kita? apa agama yang mereka anuti berlainan dari kita? sungguh darah yang mengalir dalam badan kita tidak sama seperti mereka tapi kita ada talian agama yang berhubung.. apa sikitpun tak terasa bila saudara seagama diperlakukan macam tu? mana pemimpin-pemimpin islam yang lain? 

air mata aku mesti meramu keluar bila tengok video-video pasal rakyat Palestien tu.. dalam hati kagum dan kasihan dengan depa.. bantuan apa yang aku ada untuk dihulurkan pada depa.. wang ringgit apa yang aku ada untuk bagi pada depa.. doa apa yang mustajab untuk depa dari mulut aku yang hina dina ni.. aku berdoa pada ALLAH untuk depa meski hati aku rasa doa aku tu belum tentu ALLAH kabul. tapi aku yakin ALLAH mendengar doa aku biarpun tak termakbul.. semoga satu hari ALLAH mendengar setiap doaku untukmu Palestine dan juga memakbulkannya.. amin.. 

to Palestine : maaf dari kami di Malaysia.. kami ada kereta kebal, tapi hanya digunakan pada hari keraian dan hari kemerdekaan.. kami ada tentera-tentera yang segagah kamu, tapi tidak ke sana untuk membantu mu.. kami masih ada anak-anak lelaki yang sudah mampu untuk berperang, tapi tidak menghantar mereka ke sana untuk membantu mu.. maaf dari kami wahai Palestine dan Syiria..

Friday 13 December 2013

masa lalu yang aku rindui

aku buat video ni untuk muhammad zureshakim bin mohd habib.. pemberi syafaat untuk aku di akhirat nanti.. moga-moga aku mampu untuk didik dia jadi anak yang soleh. aminn..

terkadang, bila aku fikirkan semula, yang membuatkan aku rindu sangat kat budak kecik ni sebab aku rindukan saat kecil dia dengan aku.. masa yang sepatutnya dia habiskan dengan aku dulu, aku rindu saat tu.. aku rindu nak susukan dia lagi.. tapi aku tak mampu..



Thursday 12 December 2013

Syafaat Nabi Muhammad SAW

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

HARI AKHIRAT YANG ABADI

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Monday 9 December 2013

AKU C I N T A PADAMU

ada terdengar satu ceramah ustaz azhar idrus, pasal suami yang paling baik adalah yang paling lembut terhadap isterinya.. my new post ni  aku tujukan utk en kurus aku.. aku rasa bertuah dapat dia sbg suami.. dia lelaki yang sangat-sangat berhemah terhadap aku dan anak. teguran dia sangat senang telinga ni nak dengar. he's my perfect husband.. love u till syurga. aku pasang impian dan memang tiap kali lepas solat aku berdoa untuk jadi bidadari dia di akhirat nanti.. dan ayuh semua para isteri, kita pasang niat kita yang satu ni. opkos kita nak hidup dengan husband kita sampai akhirat kan? hehe.. amin...


ok dah.. entry ni sikit ja. malaih aih nak pot pet pot pet.. sebenarnya aku tgh rush nak p kelas.. hahah.. ok daaaaaaa :)



Tuesday 3 December 2013

KAKI BARU aka MOTOR BARU

assalamualaikum reader.. :)
nak share 1 kisah.. kita ni hidup jangan nak menyombong dengan orang lain. mak selalu pesan, "hangpa ni jangan nak tunjuk sombong dengan orang. aku bukannya apa, aku takut kalau hangpa naik moto ka, tiba-tiba jatuh moto, orang yang hangpa duk buat sombong ni la yang mungkin akan pi tolong hangpa". yes, aku ingat lagi pesan mak yang ni. mungkin sebab selalu sangat mak duk pesan. dan aku rasa, aku bukan kategori yang sombong macam tu kot.. hehe.. moga dijauhkan la.

sebenarnya nak bagi tau yang mak ayah dan abg aku dah pun selamat belikan aku sebijik moto.. aku tak pernah mintak, tapi berharap la kalau-kalau mak ayah faham situasi yang aku alami kat U ni.. seriously, kita ni yang selalu menumpang orang, belum tentu lagi orang tu suka dengan kita.. mungkin ada hikmah apa yang jadi ni dan aku rasa hanya orang yang selalu menumpang orang ja yang akan rasa apa yang aku rasa. 

ni adalah pemberian terbesar dari mak ayah dan abg come untuk aku.. 

1) kecik-kecik dulu mak ayah dan kak toh belikan aku rantai emas (walaupun rantai tu dh hilang. tak sure kena curi atau memang sendiri yang cuai.. 

2) masa sem 2 kat poli, ayah belikan laptop untuk aku.. dan alhamdulillah, laptop ni la yang aku tengah gunakan untuk menaip on this time.. :)



3) tahun 3, sem 1 (sekarang) mak ayah and abg come belikan aku motor. sebabnya tak nak lagi biar aku tumpang orang yang sebenarnya tak pernah pun suka bila aku tumpang dia p kelas.. huhu.. dah dekat penghujung sem, aku baru perasan yang dia tak suka sebenarnya.. well.. tak apa.. bukan selalu kita akan senang.. anyway, tq mak ayah dan jugak abg come.. sbb memahami aku.. ALLAH je yang boleh balas jasa baik mak ayah dan abg come pada aku.. tq so much!



Tuesday 26 November 2013

PUDING CERAMEL


jom buat puding ceramel 


bahan-bahan : 
10 keping biskut cream crackers hup seng (biskut lain pun xpe.klu biskut tu kecik, tmbahkan amountnya), telur 3biji, susu pekat 1cawan 1/4, air (sama nilai macam susu), perasa oren sunquick 4sudu teh. gula 3sudu teh


cara buat :
1. rendam biskut sampai lembik.
2. blend kan biskut yg dah direndam tu dgn susu, air, telur dan perasa orange hingga halus.
3. ambil loyang, masukkan gula dan panaskan hingga menjadi warna emas. kacau dan ratakan ke seluruh loyang. dah tutup api tu, biarkan kejap dalam 1min. then tuangkan bahan-bahan yg dh diblend tadi tu kedalam loyang tersebut.
4. kukus sampai masak (dalam 20min)
5. hidangkan utk dimakan

selamat mencuba