Friday 13 December 2013

masa lalu yang aku rindui

aku buat video ni untuk muhammad zureshakim bin mohd habib.. pemberi syafaat untuk aku di akhirat nanti.. moga-moga aku mampu untuk didik dia jadi anak yang soleh. aminn..

terkadang, bila aku fikirkan semula, yang membuatkan aku rindu sangat kat budak kecik ni sebab aku rindukan saat kecil dia dengan aku.. masa yang sepatutnya dia habiskan dengan aku dulu, aku rindu saat tu.. aku rindu nak susukan dia lagi.. tapi aku tak mampu..



Thursday 12 December 2013

Syafaat Nabi Muhammad SAW

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

HARI AKHIRAT YANG ABADI

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Monday 9 December 2013

AKU C I N T A PADAMU

ada terdengar satu ceramah ustaz azhar idrus, pasal suami yang paling baik adalah yang paling lembut terhadap isterinya.. my new post ni  aku tujukan utk en kurus aku.. aku rasa bertuah dapat dia sbg suami.. dia lelaki yang sangat-sangat berhemah terhadap aku dan anak. teguran dia sangat senang telinga ni nak dengar. he's my perfect husband.. love u till syurga. aku pasang impian dan memang tiap kali lepas solat aku berdoa untuk jadi bidadari dia di akhirat nanti.. dan ayuh semua para isteri, kita pasang niat kita yang satu ni. opkos kita nak hidup dengan husband kita sampai akhirat kan? hehe.. amin...


ok dah.. entry ni sikit ja. malaih aih nak pot pet pot pet.. sebenarnya aku tgh rush nak p kelas.. hahah.. ok daaaaaaa :)



Tuesday 3 December 2013

KAKI BARU aka MOTOR BARU

assalamualaikum reader.. :)
nak share 1 kisah.. kita ni hidup jangan nak menyombong dengan orang lain. mak selalu pesan, "hangpa ni jangan nak tunjuk sombong dengan orang. aku bukannya apa, aku takut kalau hangpa naik moto ka, tiba-tiba jatuh moto, orang yang hangpa duk buat sombong ni la yang mungkin akan pi tolong hangpa". yes, aku ingat lagi pesan mak yang ni. mungkin sebab selalu sangat mak duk pesan. dan aku rasa, aku bukan kategori yang sombong macam tu kot.. hehe.. moga dijauhkan la.

sebenarnya nak bagi tau yang mak ayah dan abg aku dah pun selamat belikan aku sebijik moto.. aku tak pernah mintak, tapi berharap la kalau-kalau mak ayah faham situasi yang aku alami kat U ni.. seriously, kita ni yang selalu menumpang orang, belum tentu lagi orang tu suka dengan kita.. mungkin ada hikmah apa yang jadi ni dan aku rasa hanya orang yang selalu menumpang orang ja yang akan rasa apa yang aku rasa. 

ni adalah pemberian terbesar dari mak ayah dan abg come untuk aku.. 

1) kecik-kecik dulu mak ayah dan kak toh belikan aku rantai emas (walaupun rantai tu dh hilang. tak sure kena curi atau memang sendiri yang cuai.. 

2) masa sem 2 kat poli, ayah belikan laptop untuk aku.. dan alhamdulillah, laptop ni la yang aku tengah gunakan untuk menaip on this time.. :)



3) tahun 3, sem 1 (sekarang) mak ayah and abg come belikan aku motor. sebabnya tak nak lagi biar aku tumpang orang yang sebenarnya tak pernah pun suka bila aku tumpang dia p kelas.. huhu.. dah dekat penghujung sem, aku baru perasan yang dia tak suka sebenarnya.. well.. tak apa.. bukan selalu kita akan senang.. anyway, tq mak ayah dan jugak abg come.. sbb memahami aku.. ALLAH je yang boleh balas jasa baik mak ayah dan abg come pada aku.. tq so much!



Tuesday 26 November 2013

PUDING CERAMEL


jom buat puding ceramel 


bahan-bahan : 
10 keping biskut cream crackers hup seng (biskut lain pun xpe.klu biskut tu kecik, tmbahkan amountnya), telur 3biji, susu pekat 1cawan 1/4, air (sama nilai macam susu), perasa oren sunquick 4sudu teh. gula 3sudu teh


cara buat :
1. rendam biskut sampai lembik.
2. blend kan biskut yg dah direndam tu dgn susu, air, telur dan perasa orange hingga halus.
3. ambil loyang, masukkan gula dan panaskan hingga menjadi warna emas. kacau dan ratakan ke seluruh loyang. dah tutup api tu, biarkan kejap dalam 1min. then tuangkan bahan-bahan yg dh diblend tadi tu kedalam loyang tersebut.
4. kukus sampai masak (dalam 20min)
5. hidangkan utk dimakan

selamat mencuba 



Saturday 23 November 2013

SEMUA ATAS NIAT DAN KEKUATAN DIRI KITA

giler kentang... lama sangat-sangat tak update blog.. adanya blog ini, bagaikan tiada.. pheww.. :)

ok now, nak cita pasal menda ni sat.. ekcelli, dah lama niat dalam hati ni terpendam jauh di dasar hati yang paling dalam.. pasal apa? pasal nak berubah penampilan.. bukan apa, bila dah tua, usia makin lanjut.. rumah kata pergi, kubur kata mari.. takut-takut andai tak sempat nak prepare apa-apa, kubur terlebih dahulu digali sebelum sempat hajat ni tertunai.

dah lama duk pikir-pikir pasal ni.. aku memang ada tekad nak buat, tapi tak tau dari mana nak mula.. ok, aku admit aku bertudung, berbaju kurung and berstokin. berstokin ni memang dari sekolah lagi lepas buat umrah dengan mak ayah melekat terus sampai sekarang. alhamdulillah.. then, smbung study, jumpa kawan-kawan yang fashionable, aku pun turut tergerak hati nak berfesyen jugak macam depa ni. tapi still la tutup aurat walaupun kadang kala ada jugak ketat sikit-sikit.. aku suka pakai baju kurung tapi jenis yang moden gitu.. kalau seluar ni memang tak berapa nak suka. mungkin sebab aku chubby sikit. so bila nak berseluar rasa tak selesa.. (eh, tak dak la sampai tak pernah pakai seluar. pakai je.. tapi purata tu kurang la..) hehe..

then, after married, habib memang ada cakap dia suka aku pakai jubah or berbaju kurung (yang longgar okay).. dia suka..dia suka.. dia suka.. :)

alhamdulillah.. dia memang yang paling sesuai untuk jadi suami aku. inilah yang dikatakan suami kena pandai didik isteri. jangan biar isteri "bertelanjang" di depan yang bukan muhrim. kalau aku tau ini salah satu nikmat perkahwinan, 5 tahun yang lalu lagi aku dah kawen..mungkin kalau dari dulu lagi aku kawen, semuanya akan terjaga.. tak ade pergaulan dgn bukan mahram, tak de cinta sebelum nikah, tak de aurat terdedah secara haram and so on.. berjubah memang tak asing untuk aku memandangkan aku memang ada beberapa koleksi jubah. so itu tak menjadi hal.

sekarang ni, aku tgk ramai kawan-kawan aku bertudung labuh. terdetik jugak kat ati kecik aku ni utk bertudung labuh.. tapi tak tau dari mana nak start. aku tanya habib, "abang, kalau sayang nak pakai tudung labuh, abg suka tak?" sambil angkat ibu jari then dia cakap, "abang lagi suka.. :) " ya ALLAH.. kenapa dari dulu lagi hg x masuk meminang aku dan jadikan aku bini hang??? hang tau tak dah lama aku teringin nak wat macam tu?? hahah..

memang la masa kita tak kawen lagi pun kita boleh wat macam tu atas dasar di bawah tanggungjawab mak ayah. tapi normal la kan.. bila dah kawen selalunya kita akan jadi seorang yang lebih mendengar kata.. tgk saja la artis-artis yang ada.. berapa kerat sangat yang memang bertudung? yang lain-lainnya, bila dah kawen baru depa pakai tudung.. sebab apa? sebab sama macam apa yang aku fikir ni la..

sungguh, aku memang teringin sangat nak pakai tudung labuh. aku rasa bila kita bertudung labuh dan berpakaian memenuhi syariat, orang yang bukan mahram akan lebih hormatkan kita. bukankah itu yang dituntut syariat? Rasulullah pbuh pun suruh kita memenuhi syariat sesab kita akan lebih dihormati. itu yang aku fikir sekarang. aku dah mula bersarung lengan bila keluar, tudung bawal yang aku pakai pun aku dah labuhkan sikit. mungkin step by step aku perlu lakukan untuk rialisasikan apa yang aku hajatkan ini..




mungkin satu hari nanti.. mungkin.. i wish i can do.. !

Sunday 25 August 2013

ENGINEERS AS A TAILOR part 2

excited! excited! lagi dan lagi aku buat lagi keychain untuk sahabat sekelas aku sekarang sbg hadiah untuk dia sbb dapat join mobiliti student ke Surabaya, Indonesia. tahniah Amira Anang sbb berjaya ke sana. i'm happy for you! :) 

walaupun keychain ni dia request dari aku, tp tak ape. aku x amik upah ape pun atas barang ni. aku ikhlas bagi kat ko sbb ko bertuah. bertuah dapt org mcm aku..wahahahhahahhahahah.. hehe.. 






next, aku buat lagi kasut untuk zures. kali ni kasutnya biasa-biasa dan x semeriah yang sebelum ni. sebabnya kain felt yang aku guna sebelum ni dah nak habis, di tambah pulak dengan rasa malas yang datang tetiba, maka inilah hasilnya..






zures ni z suka pakai kasut. kalau bubuh kasut kat kaki dia, mst dia tenyeh-tenyeh sampai tercabut kasut tu dari kaki dia. i assume he feeling not comfortable la kot bila ada menda berat melekat kat kaki dia. so kasut felt ni terhasil sbb i pk kain felt ni ringan and tak merimaskan dia. 

ENGINEERS AS A TAILOR

fuh! fuh!!!! p jauh-jauh habuk oiii.. hahaha..dh lama gila x update entry baru kat sini.. bukan apa.. cuti berhari raya.. cuti seminggu.. kalau dah balik kampung jumpa anak and husband, seriously i will give the best and full attention to both of them. biasa lah, bila dah jarang-jarang jumpa, rasa rindu tu menggunung ja di hati ni. sebenarnya bukan nak cerita pasal hari raya or cuti ni.

tapi nak kongsi beberapa benda yang dah berjaya dihasilkan sepanjang almost 3month kat kolej kediaman bunga raya kat sini. duk sini xde assignment, xde tutorial, xde kuiz, xde ujian and no examination! tp still kena buat projek utk amalan kejuruteraan kali ni. nasib baik projek yang kena buat tu lain temanya. kalau temanya berkaitan dgn jahitan, aku akan presentkan barang DIY aku ni.. hahaha..

aku sebenarnya excited nak buat hadiah untuk sahabat aku Farhain Azmi sempena hari perkahwinan dia 12hb 08 2013 baru-baru ni.. alhamdulillah, segala usaha menjait yang aku dah beri tu berbaloi jugak walaupun hadiah tu xde la cantik mcm org yang dah expert buat. tp still ok untuk first trial macam aku ni. :)


ni rupa asal bantal yang aku buat untuk Yong dan pasangannya Usop. asbab terlalu excited nak hasilkan bantal ni, aku buat sebulan 1/2 lebih awal dari tarikh kahwin Yong. then, bila research tgk bantal-bantal yang ada kat pasaran, pergh!!! jauh 500x ganda cantik dari yang aku buat ni.. pheeeewww.. then, lepas ditelek, di tilik, ahirnya aku tambah sikit dot-dot untuk nmpak mcm polka dot punya felt dan aku letak bentuk love kat tepi-tepi bantal tu bg nampak tergantung-gantung skit. kat love tu aku lekatkan huruf "LOVE" dan "YOU", tp still nmpak pelik. (x sempat nak snap pic yg ada polkadot tu)

hari yg ditunggu makin hampir, so aku tekad nak bagi je mini pillow ni sbb bajet nak beli hadiah baru dh x cukup. nak tak nak, kena jgk bg kat Yong bantal ni..huhu...

semua ni tak terhenti kat sini jer. after buat mini pillow ni, aku ade wat kasut untuk my belove son. mula-mula ukur, gunting dan buat, memang tak menjadi pun kasut ni. tapi putus asa tu tak terlintas pun kat hati ni. walaupun tak menjadi, aku tekad untuk buat lagi kali ke-2. dan alhamdulillah.. akhirnya berhasil jugak! yihooooooooooooo









dan bila dah berhasil kasut ni, semangat ni berkobar-kobar dan tak terhenti kat sini je. aku teruskan lagi buat keychain untuk en. husband. aku buat mini car untuk letak kat kunci kereta dia.. hehe .. kat belakang kereta ni aku tulis " i <3 ayah "





 p/s : tunjuk ajarku sifu! hahaha.. walaupun ada kawan-kawan dan adik beradik yang request kasut dari aku, tp still rasa x blh nak buat cantik-cantik sbb memang x pernah pandai pun nak jait menda-menda mcm ni..huhuh..

Wednesday 3 July 2013

~ahlan wasahlan wa marhaban ya RAMADHAN~

wahai Ramadhan,
yang mana permulaannya adalah keberkatan,
yang mana di tengahnya keampunan,
dan yang mana diakhirnya adalah kegembiraan.

engkau ya ramadhan,
adalah bulan yang hebat di antara yang terhebat,
yang melengkapkan rukun islam yang ketiga,
yang membantu perut menghilangkan lelah,
setelah 11bulan penat bekerja seharian..

wahai ramadhan,
kedatagan engkau dinanti,
dan pemergian engkau ditangisi,
kuharapkan, ramadhan ini bukanlah yang terakhir bagiku,
bukanlah penamat berlipat gandanya setiap amalan ku.




p/s : rindu nak puasa sama2 dgn zures mcm thn lepas.. time tu dia dlm perut.. dlm perut lg dh praktis dia berpuasa.. anak soleh ini budak <3



muhammad zureshakim bin mohd habib
10bulan 7hari


Monday 1 July 2013

~ janji kita dengan Allah ~

mak ada cakap pasal alam roh kt aku.. cerita macam mana janji kita dengan ALLAH masa kita dlm perut dulu.. korang igt x janji korang dengan ALLAH? igt? x igt? xpe..hahaha..aku pun sama daaa..

mak kata lgi, masa alam roh tu, ALLAH tnya kita, kita mau x jadi manusia? kita pn jawab yg kita nak jadi manusia.. then, ALLAH tnya lg, kita sanggup x pikul tanggungjawab sbg khalifah di bumi? yg menegakkan makruf dan mencegah mungkar? kita pun jawab, ok! saya nak! Allah tnya lagi, kita sanggup x tunaikan solat lima waktu, sanggup x berpuasa, pikul amanah yg berat menanggunya tu lebih berat dari tanggung gunung yg besar? kita pn decide yg kita snggup.. semua yg Allah tnya, semua kita sanggup.. kemudian baru lah Allah lahirkan kita di dunia ni dengan semua janji-janji yang kita dah buat.. 




tapi.. mak cakap lagi.. yg ada baby yg keguguran, lahir x ckup bulan, x ckup sifat, then mati sebabnya dia x mau tanggung semua yg Allah tanya tu.. dia x sanggup nk tanggung tanggungjawab yang amat berat tu sbg khalifah.. 

so, kita yg dh berjanji ni, bila mahu realisasikan janji2 kita? janji mesti detepati.. bukan dicapati! in sya Allah, mungkin kita terlambat, tapi kita masih lagi diberi peluang untuk ubah apa yg x betul yang kita dah buat sebelum roh di halqum kita..

semoga rahmat ALLAH bersama kita.. in sya ALLAH.. 


p/s : tak tau la mak aku punya info ni betul ke x sebab mak aku pun dengar dari tok nenek dia dulu-dulu.. hehe.. kalu ada sesapa yang arif bab ni, minta diterangkan lebih lanjut.. aku tertarik untuk tau apa sbrnya janji kita dgn ALLAH masa tu.. :)

Saturday 15 June 2013

~ masa gelap itu bukan kekasih gelap ~

normal la.. sapa yg xda masa gelap an? tipu...tipu dan tipu klu hang cakap yg hg xpernah wat dosa..
dosa ni terbhgi pada bnyak la...dosa kat tuhan, kat org, kat menatang.. mcm2 la an.. aku pun x terkecuali

besa la.. bercinta masa alam kanak2 sklh dulu wlpn masa tu dh at de end form 5.. dah hbs spm pun time aku kenal dgn bf aku ni.. tu la kali pertama dalam hdup aku, aku jatuh cinta.. jatuh cinta? iye le dok nya aku cinta, aku pn x sure.. tp yg sure tu bukan cinta islamik la..

yes..aku bercinta dgn bf aku slama 3thn.. n dalam tempoh 3taun tu, we didn't meet each others.. aku tkt nk jmpa dia, dia pn segan nak jmpa aku..kami bercinta by phone je.. utus2 surat, tkr2 gambar.. aku dulu klasik lg..ye la time tu hp 3310 je.. mn ada gprs semua tu bgai.. tp la ni semua dh canggih manggih.. gprs, keek, mms, wechat, wassap asap, jerebu semua ada.. tu yg gejala sosial meningkat.. sebb cnggihnya techno ni di slh pakai.. entah la dede..

then, 3thn kmdian, baru kami decide nk jmpa..bkn apa, tkt jgk kang aku berkapel dgn laki yg xda gg ka apa ka... hahaha.. protection la kononnya.. padahal dia member abg aku kot.. xkn abag aku nk izin kwn dia yg x senonoh utk kapel dgn aku, an? hehehe..

lps hbs dplma, aku keja kat peneng. jadi technician kat kilang di sbrg prai.. kbtln, en pakwe aku ni pun keja kat peneng, and at that time la aku kerap gila jmpa dia.. bila dh jmpa, bkn stakat kuar mkn ja, kuar shoping, jalan2 semua p sama2.. tp sori, aku x pernah kuar tgk wayang dgn pakwe aku..never! kami continue bercinta and sampai satu tahap, kilang dia bankrup n then, aku serap dia masuk keja kat tempat keja aku.. see????? u can see wht is the next effect after we got job at the same place? dugaan bhaiiii... dugaan.. i'm trying to be solehah as strong as i can! but surely i cannot to be that solehah.. also him.. hari2 ada dugaan yg mendatang.. aku pndang dia, dia pndang aku..kuar mkn hari2.. seriously, aku rasa kosong masa tu.. aku mula pk, hubungan ni nk sampai mana sbnrnya? aku bosan and also him. masa time ni, setan mmg hari2 wat ot nk bg aku n pakwe aku ni jatuh terlingkup.. setan ni wat ot sama naik dgn ot aku.. time ni, aku dh mula pndai, upload pic aku dgn dia kat fb.,.. amik gmbar duduk dekat2.. kan berdosa tu.. haram weh.. time syok ni, mmg haram trus jadi halal.. aku pun x tau la apa bodohnya aku time tu..baju pun dh pndai nak berketat2.. nk tnjuk skit body yg slama ni duk selindung d balik baju longgar..ntah la.. bodoh an?

then, pakwe aku ni propose aku.. dia cakap, kita kena bertunang n nikah cepat2.kita keja sama2..dugaan banyak syg.. aku setuju n trus aku gtau parents.. bukan apa, bila dia dh mula fikir cara halal, y not aku support dia? dia nk halalkan aku utk dia.. knpa nk ditangguh?


hari nikah 07-11-2011

Thursday 23 May 2013

~ cintaku sygku ~



assalamualaikum kpd semua yg baca post ni.. i cyg korglah sbb sudi baca.. haha.. (gediks jer lebey)
dh 2 hari lappy ni x dibuka, so segala apa yg berlaku, baru hari ni nk diluahkan. lappy ni pun, duk wat perangai.. skrin pn dh rosak sblah.. so blh nmpk separuh je kat lappy ni.. separuh lg hitam je.. mahal eh nk repair skrin? xde sapa2 nk sponser tlg repair ke? hahhaa..

sbnrny, hari ni n 2 hari sblm ni, aku rasa down gila2. bukan sbb gaduh dgn pakwe aka en suami aku, tp down sbb x tertahan rindu aku kat anak aku.. 



zures tengah berak. muka dh ada mcm2 reaksi! haha.. klu dh besar nti, bila zures tgk, jgn marah mama ye. mama love this kind of pic lol.. :)


mana dgn nk tumpu stdy, mana rindu kat anak.. hamboiih.. berat sungguh dugaan ni. tetiap mlm, aku terpikir, knpa la mcm ni jalan hidup aku.. kenapa aku gatai2 sgt nk p smbng stdy sdgkn lps nikah nti, mgkin aku akan prgy. tp dh x guna aku pk pn. aku dh pun wat kptsn smbg stdy ni, so apa2 yg jadi masa akan dtg, serah ja kat ALLAH coz He knows n He is planning something gud in my life. 

aku sepatutnya percaya dgn qada n qadar tuhan ni.. perh....! senang cakap bhai.. tp yg menanggung ni..terseksa tao.. saban malam aku berendam air mata.. doa yg x putus2 kat tuhan spy zures x lupa aku sbg mama dia. aku bkn apa.. yg aku sedih sgt tu sbb zures membesar tanpa aku kat sisi dia.. mcm kurang ja kasih syg org yg bernama "mama" utk dia. dia pandai meniarap, aku la org terakhir yg tau.. dia pndai menyulur, aku lah org terakhir yg tau.. dia pandai gelak, pndai sebut mama babah, aku lah org last yg tau.. dia tumbuh gg, dia demam utk setiap kali perubahan tu semua, aku jugalah org last yg tau.. bila dia x sihat, mak slalu ckp, "anak hang ok ja.. elok duk jerit2... mcm x rindu kt hg.." tp kenyataan, anak aku demam x sihat.. 

rindu.. sumpah..! rindu nak tatap dia, nk peluk dia.. nk geletek2 perut dia, nk dukung dia biarpun berat dia dh 10kg.. walau x larat nk dukung dia, aku masih nk dukung. rindu nk dgr suara gelak dia..
anak, maaf sgt2.. apa yg jadi, mama xda kat sisi kamu. aku selalu anggap 2tahun tu mcm 2 hari spy hati rasa "wah..lg 2 hri nk jumpa zures.. x sabarnya.. " tapi hakikatnya.. 


2 3 hari ni jgk, aku agak sensitip bila tgk apa2 post kat fb yg melibatkan anak2. ya ALLAH.. aku betul2 cintakan anakku. apa pun yg aku wat, aku asyik terbayangkan dia ja.. semoga dia juga mencintaiku.. 

doaku :  "wahai Allah yang menguasai seluruh kehidupanku, aku mohon supaya Engkau tidak membolak-balikkan hatiku dan jadikn apa sahaja jalan yg aku pilih sbg jalan yg tidak aku sesali"

Wednesday 22 May 2013

lecturer yang kejam! xda perasaan!

"don't judge a book by it's cover" mungkin pepatah ni yg sepatutnya menjadi tajuk post aku kali ni.. tapi aku tetap mahu memilih "lecturer yang kejam! xda perasaan!" sebagai tajuknya. baru nampak hot lagi spicy, kan? tapi wait !!!!!!!! don't judge me by my post title, okay? 

pensyarah yg kejam ni maksud aku, bukan la pensyarah aku ni bunuh aku.. oh tidak! please erase apa yg anda baru terpikir tu.. bukan la macam tu.. cuma bg aku, pensyarah yang double minded ni mmg kejam la. sepatutnya klu nak buat apa-apa keputusan, tlg la fikirkan masalah students sama. jgn menunda n menetapkan tarikh tanpa fikirkan kebajikan n masalah yg dialami student. 

sbg contoh.. 

SITUASI A :

"okay students. Our second statistic test will be held on Wednesday, next week. hope you're all ready," ujar En Sayid. semua pelajar mengaggukkan kepala tanda mesej yg cuba disampaikan delivered ke otak mereka.
"eh.. bukan test polymer pn hari rabu jgk ke?" soal ida tiba-tiba. "x la kak ida. test polymer hari selasa. sempat la nak study polymer dulu, then baru continue dgn statistik," balas ira menjawab pertanyaan ida. "ala, statistik tu kacang mat labu je. masuk bab yg senang. don't worry la. lmbat sikit stdy pn xpe," ika pula menyampuk. ida, ira dan ika yg merupakan pelajar berdedikasi, sgt tekun mengulang kaji pelajaran mereka. mereka begitu menumpukan perhatian pada subjek polymer memandangkan banyak bab yang akan naik pada test ke dua ini. 

~hari selasa~

"kak ida! nape x siap lg? dh lewat ni kak" ika menyoal pelik tatkala melihat ida masih belum mandi dan bersiap utk ke kelas.
"ala..akak xnak pegi kelas la.. ada 1 lg bab yg x cover. mlm ni nak jawab apa klu x stdy bab ni" balas ida. dia nekad utk tidak ke kelas pagi ini.
"nanti en sayid bg tips test statistik, akak jg yg rugi. pg ni kelas dia kak." ika mengingtkan ida.
"nanti kalau dia bg tips, korang tlg la igt bg pihak akak. akak x smpat nak igt menda alah ni lau x baca skrg."
"ok lah klu mcm tu. kitaorg p dulu kak. daaa"
~15min kemudian~
treeetttttt.. treeettttt. hp ida berbunyi menandakan 1 mesej diterima. 
"walaweiii... mmg redbulls**t la lecturer ni. haaa.. kan dah kena maki! kata test statistiknya esk, pehal lak tetiba wat pg ni.. xda ribut, memo or new status kat group fb pasal test hari ni, tetiba dia p wat hari ni lak! arghhh..demmmmm.." tetiba ida menjerit mengejutkan aku yg tengah tido! oh..tahulah aku apa yg berlaku. 
* doublemindedlecturer ni mmg kdg2 menguji kesabaran kita sbg student. kerana students jg manusia bukan? *


SITUASI B

" have u seen the new post in our subject page? i've already update the new date n venue for PDD project exhibition. hope all of u can finish your project and give the best effort on it." said Miss Saodah to all of her students in that class. 
"okay Miss!" said her students together.
*erk..bajet mcm terror BI smpai nk sepiking Bi.. gila badassss la.. hak..hak..*
"ermm.. lg sebulan je nk exhibition tu weh.. group aku apa pn x jalan. ketua pnya projek, punya idea, tp apa pn x jadi lgi. " aku mula merungut kepada rakan baikku, anim. ssh jgk hati ni memikirkan project PDD (Product Design Development) yg masih blm terbuat.
"oh, ye ke? group aku, alhamdulillah la.. jalan jgk la..walaupun kadang-kadang tersekat." balas anim.

~hari demi hari berlalu~

masuk mgu ni, sudah 3 mgu aku tidak pulang ke kg. dan sudah 3mgu jgk aku x jumpa anak tersyg. 

smart like daddy, sweet like mummy

aku berkira-kira nak balik kg 30hb Mei ni memandangkan exhibition PDD jatuh pada 29hb Mei. so, aku blh wat report before that day bg clean n clear, n then balik dgn amannya berjmpa dgn anak, then kembali semula ke U utk exam. aku dh plan semua ni. harap-harap berjalan dgn sempurna. 

tapi.. apakan daya.. setelah RM46 aku bayar utk tiket pulang ke Alor Star, tiba-tiba pulak lecturer PDD boleh update tarikh terkini untuk exhibition jth pada 31 Mei.. wat de pak!!! phuuuiiii... geramnya aku.. aku dh 3 mgu kot x jmpa anak.. aku nak balik eh..

kenapa ni ya ALLAH...? dugaan apa yang Engkau tgh rancangkan ni? aku sedih sgt2. down! i feel like tgh terbang melayang dgn sayap yang megah berkibar, kemudian tetiba ditembak pemburu burung then, jatuh tergolek-golek, kemudian di layur atas api.. di cabut bulu pelepah dan di panggang atas api dgn rempah ratus yg enak.. alahai.. 

buntu! jiwa terasa kosong sekosong lagu Kosong n roti canai kosong kat kedai mamak Kenang Slalu di Melaka nih. otak hanya mampu fikirkan anak je. x tau nk wat apa.. 

bdk2 rumah plak suh aku jualkan balik tiket. ok fine. talk is so easy! tapi nk buat tu payah weh.. bukan x mau.. tp cuba pk, if i noe yg exhbtion tu akan di tunda, seriously, this week jgk aku blik. tp lecturer x bgtau awal2. cuba la pk akan keadaan kami yg duk jauh2 ni.. nak beli tket, kena beli seminggu dua lbh awal. klu x, nanti tiket habis. then, andai kata aku x balik, bila lg mau balik? after stdy week, terus exam. then, lps je exam, trus smbung new semester. bila lagi dei nak balik? 

* sungguh! saya sgt frust dgn sikap sesetengah lecturer. yes! u all lecturer. x patut di buruk2kan... tp pernah ke anda terfikir, students juga manusia? punya rasa, punya masalah n hal yg tersendiri? klu nak buat apa2 aktiviti yg besar2, x blh ke inform lbh awal? jgn esok lusa nk wat event, hari ni baru nk bgtau. saya hormatkan anda sbg penyampai ilmu. tp kadang-kadang sikap kalian menyakitkan hati. yes, x semua mcm ni. tp sungguh, saya mengharapkan toleransi anda sebagai lecturer. *



*agak-agak lau kita tegur cara lecturer ni, for sure carry mark kita yg terjejas kan? eh, bajet mcm bagus sgt la pensyarah ni an? phuuuiii.. kejam tau x? aku x nk berdoa, tp aku tau hukum karma.. what you give, you get back doe! remember that! *

Thursday 16 May 2013

cukur jambul


22-08-2012  muhammad zureshakim  2hari




26-08-2012
mlm ni elok2 duk pegang zures, ya.. muhammad zureshakim nama anak aku.. :) 
ok, back to the story yg aku nk share.. mlm ni, elok2 duk pegang zures, tetiba, coiiittttt.. pusat dia tercabut.. mak ai.. dh glabah aku.. tkt berdarah ka apa.. my en habib pn sama.. eh, cam na nih? "panggil mak!" arahku.. sedang hati dh resah.. mana taknya.. mak pernah pesan "pusat ni, biar dia luruh sendiri. jgn dok gatai2 nk p tarik ka apa ka.. klu cuci pn, cuci slow2. ni nyawa anak hg tau x. klu jadi apa2 ni, aku tak tau la.." aku x sure cara mak ckp tu, ugutan ka, peringatan ka apa.. tp seriously, aku gerun dgr.. huhu..

berbalik kpd kisah td 
mak n ayah terkocoh2 mai bila aku n habib dh riuh kat tmpat tidur aku. "awat? pasai apa?" soal mak.. ayah diam x tertanya, tp riak muka dia nmpk cemas. "ni mak. pusat dia tercabut.. cam na nih?" aku menyoal. habib mata x terkelip2 tgk muka mak. "ooo..igtkn apa.. xpa la.. biaq ja la. xda darah apa kan? mknanya x sakit la tu... luruh sndri xpa, jgn kita yg bg dia luruh" fuhhhh... lega hati mama ni anak oi... riak muka habib pn ok. dh x setegang td.. 


27-08-2012
ptg ni, kepala zures dah botak.. bersempena, 7hari kelahiran dia dan pusat pn dh luruh, sedikit kndri diadakan d rumah aku.. thanks mak.. ayah n especially my en suami.. u r really the best father ever after.. :)




happy birthday to you ~muhammad zureshakim mohd habib, 9:11 a.m 21-08-2012 / 3 syawal 1433H


Entry ni bukan nk cerita sgt pengalaman diri, tp nk korg ambik iktibar atas apa yg aku nk cerita. Cedok yg baik, tuang yg buruk ok..
sungguh.. benar kata orang.. "selagi kita x jd parents, kita xkn rasa apa yang parents kita rasa"
nah! aku x tipu.. aku rasa apa yg mak ayah rasa skrg ni.. tp ya la.. anak aku kecik lg.. mgkin my feeling x lagi setaraf dgn feeling mak ayah slama ni.



21-08-2012 (around 2 a.m)
aku mula rasa sakit.. mgkin tanda anak nak keluar tu dh makin dekat.. aku kira, ini la rasa skit yg maha hebat yg aku prnh rasa.. x tertanggung lg.. duduk x kena.. baring x kena jgk.. sudahnya aku ronda2 berjalan di sekeliling katilku dalam wad HKN. "sakit ke dik?" tiba2 kak yg depan katil aku tegur.. mgkin dari td dia yg resah tgk aku yg macam cacing nak kena makan nih.. " ha ah.. sakit sgt.." aku membalas.. "anak sulung ye?" bnyk plak tnya.. aku dah tgh skit2 ni klu blh nk diam2 ja.. nk berckp pn tnga dh x ada.. aku snym je kat kak tu sbg blsn jwpn utk soalan dia.. seriously.. rasa skit ni makin lama makin sakit.. mgkin td aku kata "ini la rasa skit yg maha hebat yg aku prnh rasa", oh tidak..skrg ni rasa skit ni lbh berganda100jutax sakitnya.. teramat hebat rasa skit ni.. (maklum lah 1/9 dari skit mati la katakan). Mulut aku time ni xpyh sebut la.. berzikir, bermunajat ja la kat ALLAH.. mohon spy Dia mudahkan semuanya. Makin lama, makin bertambah2 lagi sakit yang aku rasa.. nak2 plak time anak mengeras.. masyaALLAH.. tuhan ja yg tau apa aku rasa.. selang 2 3 minit, sakit tu makin menjadi. 

21-08-2012 5.30 a.m
kak cik kol aku.. masa ni aku dah x berdaya lagi nk bangun. Memang mengerang sakit kat atas katil ja.. zikir Nabi Yunus mmg x lekang dari mulut aku.. ayat kursi, fatihah, semua aku balun.
“adik, rasa mcm mna dh?” aku gagahkan juga jawab call dari kak cik. Kak cik ni mmg jenis yg concern ckit dgn fmly pmpn, tambah-tambah yg tgh bersabung nyawa mcm aku skrg nih.
“ntah la weh.. aku rasa mcm tuhan nak cabut nyawa aku ja la ni.. tak tahan weh. Sakit sgt aku rasa ni.. adoi” balas aku.. suara antara dgr dan tak ja. Sungguh, kudrat aku mmg zero terus..
“mengucap dik.. igt ALLAH.. apa pn jd, ingt ALLAH.. baca zikir bnyak2. Hg jgn ckp mati2 ni..kuat..kuat utk anak..aku yakin pkul 9 lbh nti mst anak kuaq..igt ALLAH dik” pesan kak cik dan la tu jgk,aku dgr dia menangis.. ye la..dia anak dh 3org. 3x rasa bersalin. Dia faham apa yg aku rasa.
“ya la..aku duk baca doa ni. Ok weh.. aku btl2 skit sgt ni.. nk ckp pn x blh dh rasa” dan lps tu aku dh x igt apa yg dia ckp.. Cuma sempat dgr dia kata “mengucap dik”


21-08-12 7.40 a.m
Time ni, kak Dah n kak Ja dtg mai tgk aku kat wad. Mgkin ada hikmah, kakak2 aku keja bhgn kshatan ni. Jnj beruniform lgkap, blh ja lolos masuk wad x kira waktu melawat ke x, keja kat hospital tu ke x. asal beruniform je, blh blake! Haha.
Ok, berbalik kpd kisah aku td.  Depa dua mai bwk mknan dgn hrpan aku akan sarap. Utk dptkan energy balik. Tp apakan daya.. jgnkn nk mkn, buka mata pn dh x mampu time tu. Bila aku mula mengerang sakit, kak Dah start urut2 badan aku. Alhamdulillah, berkurang skit sakit.. but no! sakit tetap sakit! Bila tgk aku dh mmg teruk pnya condition, nurse bg wheelchair suh aku duk atas tu. Nk cek bukaan rahim dh berapa.. aku gagahkan jgk utk bgn n depa tolak aku ke dalam bilik pemeriksaan. Bila dh cek, bukaan baru je 4cm. masyaALLAH.. kenapa lambat sgt ni ya ALLAH? Rintih aku dlm hati. Aku dh rasa x tertanggung lgi dh skit ni. 
Lpas nurse cek tu, aku dh betul2 hilng igtan. Aku dh x igt apa yg jadi. Yg blh igt sikit2, time aku rasa mcm nk buang air besar, then nurse ckap, bukaan dh 7cm. cepat2 aku ditolak masuk ke dlm labour room. Masa tu, en husband pun dipanggil masuk. Utk bg smngt kat aku atau lebih tepat lg, utk dia sndri tgk, betapa.. betapa sakitnya aku rasa semata2 utk lahirkan zuriat kami.
“mengucap syg.. mengucap..” aku dgr habib bisikkan 2 kalimah tu di tlinga kiri aku.. getaran di tgn dia, xpyh ckp la. Mcm dia plak nk bersalin.. hehe.. lucu plak bila igt balik. Hahahaha
“abg.. sakit sgt..” aku dh mula menangis. Di mata aku mula terbayangkan mak. Kotak fikiran aku mula igtkn mak. Mak! Terima kasih lahirkan aku. Aku mgkin xtau mcm mn mak rasa masa nk lahirkan aku, tp honestly, tika dan saat ini, respek aku pada mak kian menggunung, malah bertambah2 tiada kurang. Hebatnya mak.. lahirkan kami 12 beradik. Moga2 mnjadi anak yg soleh n solehah utk mu Mak.

Erk.. dah kelaut plak.. berbalik kpd kisah aku td..
And that time jgk, kedua2 tgn aku cramp. Hah! Sudah! “nurse.. tlg, tgn saya cramp” sempat lg aku jerit mntak tlg kat nurse yg sblh aku ni.. terus depa cucuk air kat tgn sblh kanan aku. Mgkin, aku mmg betul2 xda tnga masa tu. 

21-08-12 9.11am
Seriously! Ramalanmu benar belaka kak cik! Hehe.. walaupun x tepat pukul 9, tp masih lg pukul 9 waktu anak aku slamat dilahirkan. Sungguh.. amat menakjubkan kuasa Allah yg bg sakit bersalin ini pada aku. Aku bertuah. Dan aku mula sedar, ubat sakit bersalin adalah suara anak aku sndri. Suara suami? X mari la bhai.. x kurang pn sakit aku masa habib support aku.. haha.. tp sungguh.. ubatnya pada baby kecik aku ni..heheh..
Tringat lagi, kak nurse tu letak baby aku atas dada aku.. ternampak bebird dia masa tu.. betul lelaki.. betul sama mcm scan dulu.. hehe.. bebird.. bebird.. moga2 baik akhlak mcm ayahmu.

p/s : hargai mak ayah semasa mereka masih hidup. Bukan stakat hargai ja, tp sygngi mereka, peluklah mereka selagi termampu. Igtlah, saat korg menengking mak ayah korg, di badannya masih ada lagi parut semasa melahirkan korg. Sungguh, aku x bohong kalau aku kata, korang mati nak selamatkan mak ayah korg pn, belum tentu lg terbalas jasa korg utk depa. 

one more thing, i think hari lahir tu x sesuai kot utk disambut meraikan u all. coz u knw y? korg berhepi2 smbut brthdy bagai nak rak, dont u remember ur mak duk bersabung nyawa nk lahirkan u all at dat day? y not  u all beli hadiah, kek n raikan mak korg.. kan lbh bagus namanya.. suwit gitu.. ahakszzz
(sori la..sat2 ckp kedah, sat2 ckp keyEl.. hahaha.. tp korg faham kan? Enjoy my unforgettable memory.. )



my baby.. masa ni baru je kuar dari labour room.. innocent je muka.. suci bersih.. insyaALLAH.. akan aku bentuk menjadi hamba ALLAH yg soleh.. :)